Monday, 4 February 2013

Penganan

Kali ni, DoubleM nak kongsi pasal salah satu kuih tradisional Iban yang diberi nama Penganan.
Penganan biasanya dihidangkan bila menyambut sesuatu pesta, contohnya Hari Gawai (Perayaan Tradisi kaum Iban di Sarawak).

Sekarang ni, waktu bukan perayaan pun penganan boleh didapati dimana - mana. Ia nya sudah menjadi makanan atau pun kuih harian yang menjadi santapan semua golongan masyarakat. Penganan merupakan salah satu kuih yang agak manis tetapi sedap. Boleh di hidangkan untuk sarapan pagi atau pun minum petang. 
Ni, DoubleM nak kongsi resipi dia. 

Penganan :


  1. Tepung Gandum (mengikut citarasa pembuatnya. Kalau mahu buat lebih sikit, kena lah guna tepung banyak sikit)
  2. Tepung beras
  3. Gula( Secukupnya)
  4. Gula Apong ( boleh digantikan dengan gula Melaka)
  5. Air kosong ( Untuk Adunan)

Cara membuatnya DoubleM tak pasti sangat. Tunggu lepas tanya orang yang pakar ^^. Nanti doubleM kongsikan ye.

Nak tengok ke penganan yang sudah sedia untuk dimakan? Nak tak?
Jom, kita tunjukkan.

Jeng jeng:

Nampak sedapkan? hihi.
tip: Bila guna gula secukupnya, bentuk penganan akan nampak lebih cantik. So apa lagi, try lah.

Friday, 1 February 2013

Pansuh

"Pansuh" or Steam(using bamboo stick)

"Pansuh" adalah sejenis makanan di Sarawak yang agak popular di Sarawak.  Ayam dan ikan adalah daging yang selalu dimasak menggunakan kaedah ini.  Rasa daging ayam atau ikan yang dimasak menggunakan kaedah ini sangat sedap.  Berlemak dan masin- masin.  Cara menyediakan makanan menggunakan kaedah ini agak rumit sedikit kerana memerlukan pengawasan yang rapi.  Oleh kerana masakan ini dimasak menggunakan buluh atau lebih dikenali sebagai "ruas" dikalangan masyarakat Iban ia nya memerlukan teknik penggunaan api yang betul.  


Contoh gambar gambar ayam pansuh:


Ayam dimasukkan ke dalam buluh.

Dimakan bersama nasi panas. perrh~~ sedap :)

Siap untuk di hidang

-sedang dimasak-
selamat mencuba. :)


Sunday, 27 January 2013

We are DOUBLE M :)

Hello.. Salam, selamat malam..

We are here.. DOUBLE M..
Double M stands for our name, owner and admin for this blog..
M: Mundun James & M: Magdelene Dana.
This blog is for our project for subject CSC..
As show above, this blog is mostly about Sarawakian foods. 
Both of us came from Sarawak, and we are pure iban.
More from us later.

Till then. :)